Monday 22 June 2015

Persalinan Etnik Salako

Di Sarawak pelbagai suku kaum yang unik dalam persalinan kostume,kali ini saya dedahkan satu etnik minoriti di Sarawak iaitu BIDAYUH SALAKO kawasan LUNDU/SEMATAN, PERSALINAN KAUM ETNIK SALAKO ini lebih berbeza kerana ia amat jarang didedahkan dan ia cukup simple dan keaslian yang lama selain itu,etnik Salako ini cukup unik dari segi adat istiadat contoh perubatan terutamanya,dari segi seni tarian pula ada beberapa tarian yang sudah dikenali ramai iaitu TARIAN WEK JONGGAN,TARIAN TUTONG,TARIAN TARABANG dalam persalinan salako pula,beberapa hiasan yang sudah jarang kita temui dan ia juga mewakili setiap kawasan kampung itu sendiri dalam etnik Salako ada beberapa cabang salako yang yelah ditemui Salako GANJING ,Salako Sengkuku ,Salako Lara,Salako Biawak SALAKO Ganjing cth KAMPUNG PAON, SALAKO SENGKUKU pula adalah area kampung Pueh Salako Lara kampung area kendaie Salako biawak lebih kawasan biawak PERSALINAN SUKU SALAKO ini mengikut kampung,seperti dalam gambar dibawah::

PERSALINAN KOSTUME SALAKO NANGKET



PERSALINAN SALAKO DALAM PERKAHWINAN
PERSALINAN KAMPUNG BIAWAK,tetapi persalinan ini sudah dilakukan garis panduan dan selaraskan olih KAUM PERSATUAN SALAKO(dalam kostume ini juga,sesiapa yang memakai lengan kain,ia dikatogeri sebagai wanita yang telah berkahwin,manakal yang tiada lengan kain,dkenali gadis gadis yang baru ke bahagian dewasa


PERSALINAN SALAKO area Ganjing kawasan KAMPUNG SEBIRIS INILAH SEBAHAGIAN SEBUTAN SEBUTAN KEPALA KOSTUME SALAKO Ini adalah sebahagian yang lengkap dalam persalinan salako.. hiasan kepala - MANIBI rantai - RANTE tali pinggang - CHUAK PAHA manik pinggang - TIMO sikat kepala - TOPOKNG gelang tangan - CUAK TANGAN (HIASAN YANG WAJIB DALAM PERSALINAN SALAKO DAN INI ADALAH PERSALINAN SALAKO YANG OFFICIAL

(GAMBAR PERSANDINGAN SALAKO)
KOSTUME TARIAN SALAKO Baiklah setakat itu sahaja post saya tentang SALAKO..dan thumb up to the jurugambar ... DIANA DORDIE,CIKGU KEVIN,CIKGU FRED KAMEA,RUBY

No comments:

Post a Comment