Thursday, 14 May 2015

SUSUN NGEPAN

Kali ini saya akan dedahkan penyusunan ''NGEPAN'' @ KOSTUME IBAN dengan betul..

pada pandangan saya yang selalu mengikut dan menghantar PERTANDINGAN KUMANG IBAN ,..selalunya melihat penyusunan yang kurang tepat dengan susunan yang agak berterabur atau cincai..
Dalam susunan NGEPAN perlulah disusun mengikut kemampuan peserta itu..selain itu penyusunan ngepan ini melihat betuk bandan sesoerg itu dengan baik.

Penyusunan Ngepan bermula daripada aksesori yang dikenali'' SUGU TINGGI...''dan apabila SUGU TINGGI sudah diletak di kepala si pemakai..pastikan bunga papan sugu dapat dilihat olih semua orang ketika pertandingan..maksudnya disini..rambut KUMANG itu perlu disanggulkan dengan ciri kesederhanan..bukan seperti stail RATU UNDUK NGADAU..sebab ia akan menggangu papan sugu yang cantik kelak.

kedua..TANGGUK @MAREK EMPANG ...marek empang digunakan dibahagian dada..dan pastikan juga marek tanguk yang digunakan tidaklah terlalu besar..dan juga tidak terlalu kecil..kerana nampak besar kalau ia dipakai olih kumang yang berbadan kecil terutama

ketiga..penggunaan lampit @ tali pinggang KEPALA NAGA@IKAN @ORANG TUA ..penggunaan lampit sebenarnya tidak ada standart dalam mana mana pertubuhan iban di SARAWAK pun yang meletak bilangan berapa buah lampit digunakan..tetapi selalunya 5,6 atau 7 tingkat sahaja digunakan dalam badan CALON KUMANG .dalam bahagian badan calon kumang perlu juga ada RAWAI..satu aksesori yang dikatakan wajib ketika dulu..RAWAI diletakkan dibahagian pinggang dengan lilitan pirak dan tembaga..(picture 1.0+)

keempat penggunaan TUMPA @GELANG TANGAN...tumpa ini disarungkan di bahagian tangan dan selalunya dr angka 6 sampai 12 kiri dan kanan...dan diikuti SIMPAI @GELANG LENGAN.

ketika pertandingan KUMANG GAWAI..selalunya orang akan pertikaikan KENAPA YANG CANTIK ITU TIDAK MENANG??????let me tell the truth WHY??HOW she cant WIN..n how will WIN??

Mengikut standart Penilaian Kumang selalunya PAKAIAN DAN KECANTIKAN DI PECAHKAN KEPADA 2 BAHAGIAN....Skema pemarkahan Kumang mengikut seseorang ketua juri @penganjur itu...
here the Skema...
KECANTIKAN - 40%     (Inilah yang selalunya di gunakan tetapi tidaklah diwajib kan)
KOSTUME - 40%
I Q TEST - 20%
(markah ini akan berubaha juga)

berbalik kepada cerita kenapa orang yang cantik itu tidak menang sesebuah pertandingan ...kerana pakaian yang digunakan tidak refel??(atau dikatakan tidak cukup penuh...sometime calon tidak tahu menjawab soalan question and answar (IQTEST).tetapi perlu akur juga dengan keputusan juri..

disini saya menekan beberapa tips untuk yang ingin menyertai pertandingan baik dari KUMANG??DAYUNG SANGON..aspecially di Sarawak....
1. IQ 
anda perlulah bersedia dengan sebarang pertanyaan terutama ISU SEMASA DUNIA DAN MALAYSIA

2.KOSTUME@NGEPAN 
buatlah persediaan yang secukupnya untuk bertandingan ..kira ambil penuh dan jangan kira dengan bayaran sewa itu..jseperti saya..akan meletakkan satu set kostume iban lengkap dalam RM 450 ke bawah..

3. KECANTIKAN INSIDE DAN OUTSIDE
keyakinan diatas pentas..keyakinan untuk berdepan dengan juri@penonton..jika anda masih kurang yakin berdepan dengan orang ramai..anda perlu mengawal dan belajar untuk bercakap.
(tipsnya berdepan dengan cermin DAN bercakap dengan cermin)..my tips..hehe

 pict 1.0 PENYUSUNAN YANG LENGKAP DAN TERATUR


Kecantikan dan iq digabungkan dengan kemenangan

baiklah...ini sahaja penghuraian saya tentang penyusunan pakaian IBAN...next blog saya akan huraikan perincian KOSTUME BIDAYUH@DAYUNG SANGON.


No comments:

Post a Comment