Monday 12 August 2013

Adat Pauh(istiadat Iban Sebuyau Lundu

Berkisahkan sebuah suku kaum terutama Iban,banyak telah kita sendiri lihat cara adat piring atau lebih dikenali ''MIRING''..tetapi yang berbeza bagi suku iban saya iaitu IBAN SEBUYAU amat berbeza.Dalam post yang lepas,saya sudah nyatakan bahawa banyak perbezaan dari segi adat,bahasa dan untuk kali ini saya akan merungkaikan apa yang saya janjikan untuk kalian semua iaitu ISTIADAT IBAN SEBUYAU LUNDU yang asal .


merujuk kepada gambar 1.0  inilah sebahagian hidangan yang dikenali sebagai HIDANG ,ia diguna pakai untuk memberi makan atau sajian kepada penjaga kampung yang dipercayai 2 orang penjaga seorang laki laki bernama JIN BERATAI dan seorang lagi perempuan dikenali sebagai Puteri Chinta Manis.
Didalam hidangan tersebut ada beberapa makanan yang berbeza bagi kaum iban atas(iban asal)seperti Telur Ayam satu biji,Elum pinang sirih 3 ulas, ketupat laki dan perempuan(ketupat lepas) 6,Lilin,kain putih serta siling (terletak kepada si pemberi).




Gambar 2.0 ini adalah merujuk kepada upacara bermula,ia dimulakan dengan bisikan daripada Manang(manang adalah seorang yang akan menjadi wakil atau mengetuai ritual Pauh ini.)selain itu,rumah kecil ini dikenali juga sebagai BALAIRONG SRI,ia lebih merujuk kepada rumah ISTANA ORANG BUNIAN.balai ini kedudukan statik sahaja dan kecil mempunyai ruang depan yang dikenali sebagai Branda.Tugas Manang atau si pemanggil  ini adalah untuk memanggil bunian bunian tertama 2 orang yang dikenali sebagai Penjaga Kampung DENGAN BAHASA SENDIRI ATAU BERBIAU (iban version),nyuhu dikenali iban sebuyau,dengan 3 laungan OHA,selepas itu,manang dan wakil kampung ini akan membeaca mentera yang dimulakan dengan bacaan 7.Manang untuk upacara ini terdiri daripada 2 orang juga,seorang si pemanggil dan seorang dikenal sebagai Si keturunan iaitu wajib salah seorang cucu,anak atau menantu kerana ia berasal dari keturunan yang sama.



3.0 dan 4.0 merujuk upacara perbicaraan manang dan turunan

Mengikut hidangan,ia terletak kepada bilangan warga kampung atau penduduk yang datang semasa ritual dilakukan.




adat ini telah lama dilakukan di Kampung saya iaitu Sungai Lundu,Lundu .Sejak zaman dahulu lagi,dan si pembaca mentera telah pun bertukar dan ini adalah seorang nenek yang memang bomoh (manang).


Hidang 7


Enek Manang(Bomoh)atau Tukang mentera



setelah selesai berbicara atau selesai upacara ritual ini,penduduk kampung akan pergi membeli Lilin dengan duit telah dipakai semasa upacara tadi.kepercayaan Iban Sebuyau,bahawa Lilin tersebut untuk memberi cahaya semasa anak anak mereka belajar,dan Elum atau sirih pinang bergulung dengan pinang didalam tersebut akan diberi makan oleh sesiapa yang sakit,dan nescaya ia akan sembuh dan selepas itu mereka akan membalas kembali atau balas niat.

No comments:

Post a Comment