Sejarah Pauh
Pauh dikenali sebuah tempat yang bersejarah dan beradat kerana disitulah penduduk Kampung Sungai Lundu beradat.Beradat dipanggil tempat berniat atau pemujaan semangat,disitu juga ia mempunyai penunggu dikenali sebagai ''PUTRI INTAN CINTAN MANIS & JIN HIMAU BERANTAI''.mereka berdua inilah yang menjaga tempat ini sejak dahulu lagi,dan berketurunan bunian serta bersahabat dengan Keling,Bunsu Ribut dan semua saudara keling.Putri intan ini mempunyai muka dan raut wajah yang cantik dan setaraf dengan kumang,dayang serta Lulung .Rumah asal mereka ini letaknya di Kampung Semeluk(belakang rumah saya)tidak jauh dari Pauh juga.Para Penduduk Kampung Sungai Lundu selalunya akan membuat niat dan membalas niat semasa hari Gawai Padi dan masa tertentu contohnya Meminta anak berjaya dalam temuduga,mendapat keputusan terbaik dan sebagainya,(ia juga dikatakan berkesan).Pauh juga mempunyai aura yang tersendiri kerana apabila saya memasuki kawasan Pauh,ia seakan mempunyai roh dan angin meniup kuat seolahnya PUTRI INTAN CINTAN MANIS & JIN HIMAU BERANTAI''.dan untuk mendengar rintihan orang kampung./Jika ingin membuat hajat,perlulah mempunyai barang makanan dan duti siling lama untuk memberi kepada mereka yang menjaganya,selain itu kain putih jugak menandakan beliau ni berketurunan Bunian Nerja SEsangkar Gading iaitu keturunan bangsawan kelas II.Pauh adalah kawasan dan tempat penting bagi kaum Iban Dayak Sebuyau lebih lagi di Sungai Lundu .
No comments:
Post a Comment