Suku kaum Iban ialah penduduk pribumi yang terbanyak di Sarawak yang
dikenali sebagai Bumi Kenyalang (Numpang, 1989). Pada zaman pemerintahan Rajah
Brooke, Sarawak disebut sebagai Bumi Pemotong Kepala. Negeri Sarawak mempunyai
23 etnik utama dan berpuluh-puluh lagi suku kaum pribumi kecil-kecil yang
kesemuanya menganut pelbagai agama, kepercayaan dan mempunyai adat resam serta
budaya masing-masing menuturkan bahasa dan dialek yang berbeza-beza mengikut
daerah-daerah kediaman mereka di kawasan luar bandar dan pendalaman.
Dua puluh tiga etnik bumiputera yang utama di Sarawak ialah Dayak Iban (Iban
Skrang, Iban Miri-Bintulu-Limbang, Iban Saribas, Iban Batang Rajang, Iban Undop
,Iban Lemanak dan Iban Malikin)
seorang lagi ketua suku kaum Iban iaitu Gelungan juga membawa pengikutnya
keluar dari Merakai (sebuah anak sungai Kapuas) ke Undup dan mendiami Bukit Balau.
Keturunan Gelungan kini disebut sebagai Iban Balau kerana menetap di kawasan Bukit
Balau, penempatan terawal mereka di kawasan Sri Aman. Kemudian Gelungan
berpindah sekali lagi ke Sebuyau dengan sebahagian pengikutnya, dan generasi mereka
kini dikenali sebagai Iban Sebuyau. Walau bagaimanapun setelah kematian Gelungan,
Iban Sebuyau berpecah dan ada yang berpindah ke Meredang Gayam, Lundu dan
Samarahan. Perkampungan Dayak Sebuyau yang terletak di Lundu ialah Kampung Sungai Lundu,Kampung Sileng Dayak,Kampung Sebamban,Kampung Tabuan Dayak,dan area menuju ke Batang Kayan seperti Kampung Senibong,Kampung Stunggang Lama(ANTU),Kampung Stunggang Ulu,Kampung Klaoh,Kampung Gerunggang,Kampung Temalan,
No comments:
Post a Comment